LAMAN WEB KHAS BAGI WARGA PENDIDIK UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Dengan memiliki kemahiran tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikan aktiviti P&P lebih menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid pada abad ini. Oleh yang demikian, laman web ini dibangunkan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan para pendidik berhubung pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Selain itu, laman web ini juga dibangunkan untuk memenuhi prasyarat utama Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran BMM3105 (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer) yang mana mewajibkan guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 3 IPG Kampus Keningau untuk membina laman sesawang yang mengandungi bahan-bahan rujukan dan hasil tugasan amali yang telah dilaksanakan untuk menjadi panduan dan rujukan kepada warga pembaca sekalian. Bahan-bahan yang dimuatkan termasuklah contoh alamat, fail dan katalog internet, bahan P&P bagi kemahiran lisan, membaca dan menulis, etika penggunaan internet, contoh bahan-bahan sastera dan tatabahasa serta maklumat mengenai pembinaan pakej pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk itu, saya amat berbesar hati jika laman web ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.