BAHAN P&P KEMAHIRAN MEMBACA
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
1. Untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
2. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
3. Untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
4. Untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu didedahkan dengan bahan pelajaran yang bersesuaian dengan matlamat penguasaan kemahiran membaca yang telah disasarkan oleh guru. Dua jenis bahan yang paling sesuai dalam merangsang penguasaan kemahiran membaca murid ialah BAHAN TEKS dan BAHAN VIDEO.

Bahan Teks
Bahan teks datang dari pelbagai jenis. Contoh teks tidak semestinya karangan biasa yang membosankan dan terlalu panjang. Sebaliknya, bahan-bahan teks (tulisan) ini boleh dipelbagaikan. Contoh bahan teks ialah karya sajak, pantun, petikan akhbar, bahan soal jawab atau petikan rencana. Sila muat turun bahan teks di bawah untuk contoh yang lebih jelas.
Bahan Teks.rar | |
File Size: | 2201 kb |
File Type: | rar |
Bahan Video
Bahan video digunakan untuk pelbagai tujuan dalam satu set pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, pemilihan yang teliti perlu dibuat untuk menyediakan bahan-bahan video kerana bukan semua bahan video yang ada sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan contoh bahan video yang sesuai digunakan dalam P&P kemahiran membaca.
1. Lagu ABC - Abu Ada Ayam
2. Lagu Bangau Oh Bangau
3. Lagu Burung Kakak Tua
4. Lagu Kopi Susu
5. Lagu Lanang Si Paku Lanang
6. Lagu Kereta Kecil Warna Merah