BAHAN P&P KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dalam kemahiran menulis, pakej seorang individu yang mempunyai tahap kemahiran berbahasa yang tinggi dengan mudah dapat dikesan melalui gaya bahasa yang ia gunakan didalam penulisannya. Kemahiran menulis yang betul mencakupi kemahiran menggunakan tanda baca yang tepat di samping mengguna laras bahasa yang sesuai selaras dengan tujuan penulisan.
Disebabkan menulis telah menjadi salah satu bentuk komunikasi, kemahiran ini patut dikuasai oleh setiap individu. Menurut Yahya Othman (2005), kemahiran menulis memerlukan pendidikan formal kepada individu yang mahu mempelajarinya. Oleh sebab itu, setiap individu perlu mempelajari kemahiran menulis untuk melangkapkan pakej kemahiran berbahasa yang sedia dimilikinya. Sehubungan dengan itu, guru perlu tahu merancang aktiviti pengajaran yang sesuai. Perancangan tersebut termasuklah pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BMM) yang sesuai dengan tahap penguasaan murid terhadap isi pembelajaran. Untuk pengajaran kemahiran menulis, berikut merupakan contoh bahan teks, bahan grafik, bahan audio dan bahan video yang sesuai untuk digunakan.

Bahan Teks
Untuk kemahiran menulis, bahan-bahan teks yang digunakan sebaiknya turut dipelbagaikan sama seperti bahan yang disediakan untuk pengajaran kemahiran membaca. Kepelbagaian dalam penyediaan BBM perlu di ambil kira bagi mengelakkan murid daripada berasa bosan. Selain itu, guru juga perlu menyediakan bahan yang boleh merangsang murid untuk berfikir seterusnya melahirkan idea tersebut melalui wacana tulisan. Sila muat turun fail di bawah untuk melihat contoh-contoh bahan teks yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid-murid.
Bahan Teks P&P Kemahiran Menulis | |
File Size: | 582 kb |
File Type: | rar |
Bahan Audio
Sila muat turun bahan audio di bawah bagi mendapatkan BBM yang sesuai untuk P&P Kemahiran menulis.
1. Bunyi Batuk | |
File Size: | 24 kb |
File Type: | mp3 |
2. Bunyi Kilat | |
File Size: | 527 kb |
File Type: | mp3 |
3. Bunyi Dalam Stadium | |
File Size: | 220 kb |
File Type: | mp3 |
4. Bunyi Motosikal | |
File Size: | 89 kb |
File Type: | mp3 |
5. Bunyi Suasana Di Hutan | |
File Size: | 1105 kb |
File Type: | mp3 |
6. Bunyi Kuda | |
File Size: | 23 kb |
File Type: | wav |
Bahan Grafik
Bahan grafik yang disediakan untuk pengajaran kemahiran menulis ialah bahan berbentuk gambar yang dapat merangsang murid untuk menulis berdasarkan apa yang mereka lihat. Berikut merupakan contoh bahan grafik untuk pengajaran kemahiran menulis.
Bahan Video
Bahan video yang paling sesuai untuk digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis ialah cerita kanak-kanak. Untuk video yang saya sediakan, bahan-bahan tersebut berbentuk kisah dan teladan yang popular dalam lingkungan umur mereka. Berikut merupakan video-video tersebut.
1. Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang
1. Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang
2. Hikayat Arnab Yang Sombong
3. Hikayat Gagak Yang Bijak
4. Cerita Semut Sang Teladan
5. Hikayat Sang Kancil Dan Buaya
6. Hikayat Sang Kancil Dan Monyet
7. Cerita Telur Sebiji Riuh Sekampung