REFLEKSI MINGGU 1
Saya bersyukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa kerana bahan-bahan untuk tugasan minggu pertama ini akhirnya dapat saya sediakan dengan selengkapnya. Saya tambah bersyukur kerana proses penyediaan bahan minggu pertama ini juga telah membekalkan banyak input berguna kepada saya. Di samping melakukan pencarian bahan, saya dapat mempelajari banyak perkara baru. Melaksanakan tugasan ini bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Ia memerlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal kerana kami bukan sahaja perlu mencari bahan-bahan yang berkaitan tetapi kami juga perlu memuat naik bahan-bahan tersebut mengikut minggu dalam laman web peribadi. Untuk minggu pertama pelatih diminta untuk menyediakan 60-70 alamat internet, fail internet dan katalog internet.
Saya memulakan tugasan ini dengan mencari alamat internet terlebih dahulu. Saya mencari alamat internet berdasarkan senarai semak yang telah saya bina lebih awal. Dalam senarai semak tersebut, saya merancang untuk memasukkan alamat internet yang berkaitan dengan teknik mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah, bahan sintaksis, morfologi dan video serta bahan audio yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu ini agak terhad, saya hanya mampu menyediakan 60 alamat internet. Seterusnya, kesemua alamat internet tersebut saya organisasikan dalam bentuk jadual bagi membentuk satu set katalog internet. Dalam setiap katalog, saya memberikan Tajuk, URL serta Sinopsis laman. Selepas itu, saya menyimpan 60 fail internet yang berkaitan dengan morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Akhir sekali saya memuat naik semua bahan yang disediakan ke dalam laman web ini.
Ketika menyediakan bahan minggu pertama ini, saya akui bahawa saya tidak menghadapi masalah yang besar dalam proses penyediaannya. Hal ini demikian kerana, saya berkira bahawa mencari bahan dalam internet merupakan satu kerja yang mudah. Pengetahuan mencari bahan sudah ada sebelum saya mengikuti kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer. Namun satu hal yang tidak saya ketahui ialah bagaimana membeza-bezakan maklumat yang dimuat turun dari sesebuah laman sesawang. Sebagai contoh, saya tidak tahu membezakan fail internet dan katalog internet sebelum ini. Lebih teruk lagi, saya langsung tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan katalog internet. Jadi, menyiapkan tugasan ini telah memberikan saya satu ilmu baru. Setelah melaksanakan tugasan minggu pertama, saya lebih peka terhadap beberapa istilah internet yang lain seperti URL, HTML dan sebagainya. Apa yang menyebabkan saya lebih teruja lagi ialah saya dapat menggunakan bahan yang saya kumpul dalam pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan.
Ketika melakukan apa-apa perkara kita tidak pernah lari daripada menghadapi masalah dan kekangan. Setiap apa yang kita buat pasti akan ada cabarannya yang tersendiri dan cabaran inilah yang kadang-kala boleh mematahkan semangat kita semua untuk membuat tugasan dengan baik. Dalam konteks pelaksanaan tugasan ini, cabaran yang pertama adalah memuat naik bahan ke dalam laman web. Sebenarnya, saya tidak menghadapi masalah untuk memuat naik alamat internet dan fail internet. Apabila beralih kepada katalog internet, saya menghadapi masalah kerana katalog yang saya bina dalam bentuk jadual tidak dapat saya persembahkan dalam bentuk yang sama apabila dimuat naik ke dalam laman web ini. Saya berusaha untuk mencari petua-petua di internet berkenaan cara memuat naik jadual dan carta ke dalam laman web ini. Dalam masa yang sama saya juga telah berkolaborasi dengan rakan-rakan berkaitan cara memuat naik jadual. Saya difahamkan bahawa membina jadual dalam laman web ini sememangnya sukar. Akhirnya, saya telah menemui cara yang lebih baik untuk memuat naik katalog internet tanpa menggunakan jadual.
Kedua ialah masalah gangguan internet di Institut ini. Gangguan internet yang melanda pelajar di Institut ini bukanlah sesuatu perkara yang menghairankan bagi kami. Namun, gangguan internet dan maklumat yang disekat oleh Institut ini sangat merungsingkan hati saya apabila bahan-bahan yang saya perlukan disekat dan kadang kala sangat sukar untuk dicapai kerana talian yang sangat lambat. Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan perkhidmatan jalur lebar untuk mendapatkan maklumat yang saya perlukan serta memuat naik bahan ke dalam laman web. Untuk memastikan proses memuat naik maklumat lebih lancar lagi, saya membuat kerja pada waktu petang dan awal pagi. Saya memilih masa tersebut kerana capaian internet yang lebih laju. Di masa-masa yang akan datang saya sepatutnya lebih bersedia untuk menghadapi kekangan yang ada agar tugasan yang perlu disiapkan terlaksana dengan jayanya.