REFLEKSI MINGGU 2
Untuk minggu kedua, tugasan yang diberikan lebih kepada penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Untuk melengkapkan tugasan, kami semua perlu menyediakan 10 bahan teks, grafik dan video bagi kemahiran lisan. Seterusnya 10 bahan video dan teks bagi kemahiran membaca serta 10 bahan audio, video, grafik dan teks bagi kemahiran menulis. Ketika menyediakan bahan pengajaran bagi ketiga-tiga kemahiran ini, saya telah cuba untuk menyediakan bahan yang bersifat fleksibel. Maksudnya, bahan tersebut mudah untuk digunakan serta sesuai dalam mana-mana rancangan pengajaran kemahiran berbahasa yang dibina.
Ketika menyediakan bahan audio, saya telah menggunakan laman web www.4shared.com untuk memuat turun audio-audio yang saya inginkan. Antara audio yang saya muat turun termasuklah koleksi lagu kanak-kanak, cerita rakyat, bunyi-bunyi binatang dan beberapa bunyi latar yang lain. Bahan-bahan audio ini juga saya tambah dengan meminta koleksi audio yang dimiliki oleh rakan-rakan pelatih senior. Untuk video pula, saya menggunakan laman www.youtube.com untuk memuat turun bahan yang diperlukan. Antara bahan yang saya dapati dari laman ini termasuklah lagu kanak-kanak, cerita rakyat, dan beberapa video kanak-kanak yang lain. Seterusnya, teks yang saya dapati pula saya pelbagaikan iaitu bahan teks tersebut adalah terdiri daripada petikan karangan, teks soalan, keratan akhbar dan petikan sajak. Bahan tersebut saya dapati dari laman web, buku-buku rujukan dan akhbar-akhbar lama. Akhir sekali ialah bahan grafik. Bahan grafik saya dapati dari internet melalui enjin carian www.google.com yang mana terdiri dari imej JPEG dan GIF yang menarik serta boleh digunakan secara meluas dalam pengajaran harian.
Antara semua bahan-bahan yang dikumpul, bahan untuk minggu kedua merupakan bahan yang paling penting dan sangat berguna kepada pelatih dan guru-guru Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, bahan-bahan dalam minggu ini boleh digunakan dalam set induksi ketika mengajar dan ketika dalam langkah-langkah pengajaran. Selain itu, bahan-bahan grafik yang ada juga saya sediakan dalam resolusi tinggi supaya kualiti dan kejelasan imej yang digunakan tidak terganggu apabila dicetak atau diperbanyakkan. Kedua, bahan-bahan yang saya kumpul dalam minggu kedua ini juga boleh menjadi bekalan untuk murid-murid dan menjadi bahan interaktif dalam pembelajaran mereka. Sebagai contoh, bahan video yang disediakan boleh dipindahkan dalam VCD untuk ditonton oleh murid. VCD tersebut boleh dibawa pulang oleh murid untuk menjadikan penguasaan kemahiran yang di ajar lebih mantap dan berkesinambungan.
Disebabkan bahan yang disediakan dalam minggu ini agak banyak dan kompleks, saya sudah pasti menghadapi masalah ketika menyediakannya. Pada mulanya saya tidak tahu apa bahan yang sesuai disediakan untuk setiap kemahiran. Banyak bahan yang saya temui tapi kebanyakannya tidak relevan untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk merujuk huraian sukatan pengajaran dan menyelidiki isi kandungannya. Dengan itu, saya mendapat idea untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang sesuai dalam memenuhi kehendak tugasan minggu ini. Dengan merujuk aras-aras kesukaran yang ada, saya juga dapat mempelbagaikan bahan yang dikumpul untuk disesuaikan dengan tahap penguasaan pembelajaran murid yang berbeza-beza dalam sesebuah kelas.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah ketika memuat naik bahan minggu kedua dalam laman web ini. Kapasiti fail yang dimuat naik ke dalam laman web ini sememangnya terhad. Jadi, audio dan video yang ada tidak semuanya dapat saya muat naik ke dalam laman web ini. Jadi, saya hanya memuat turun beberapa contoh bahan untuk setiap kemahiran. Misalnya, bahan audio untuk kemahiran lisan tidak semuanya saya muat naik. Saya hanya memuat naik lima sampel bahan audio untuk dimuat turun oleh pengunjung laman. Untuk video pula, saya menghadapi kesukaran kerana video yang bersaiz besar memang tidak boleh dimuat naik. Jadi, saya mengambil langkah meletakkan pautan video tersebut agar pengunjung laman boleh mendapatkan video yang saya miliki melalui laman asal yang saya layari tanpa memuat turun apa-apa fail video dari laman web saya ini. Teks dan grafik tidak memberikan saya banyak masalah dalam proses memuat naik kerana kedua-dua bahan ini sememangnya mudah untuk dimasukkan ke dalam laman ini.
Secara keseluruhannya, menyediakan bahan dalam minggu ini sememangnya seronok meskipun agak mencabar dan menguji kesabaran saya. Meskipun penat, saya tetapi gembira kerana bahan-bahan ini dapat saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran selain dapat dikongsi bersama tetamu laman ini.