BAHAN MINGGU 2
Pembelajaran bahasa perlu berlangsung dalam suasana terancang dengan pelajar berusaha menguasai kandungan pelajaran gurunya. Kita semua tentu pernah mengalami proses pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang baik dan berkesan, seorang guru khususnya perlu memahami konsep pembelajaran serta aplikasinya dalam bilik darjah. Menurut Yahya Othman (2005), kemahiran berbahasa merangkumi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) membaca dan menulis. Tambah beliau, kemahiran bahasa ini juga merupakan teras kepada penguasaan bahasa yang efektif. Oleh yang demikian, elemen-elemen kemahiran berbahasa ini penting untuk kita selidiki untuk meningkatkan kualiti keupayaan berbahasa dan berkomunikasi yang kita sedia miliki. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mereka set pengajaran yang sesuai ketika mengajarkan kemahiran ini. Dengan menyediakan bahan pengajaran yang sesuai, guru boleh mengatur set pembelajaran yang terancang, menarik dan mampu mencapai objektif pengajaran yang disasarkan. Untuk minggu 2, bahan disediakan mengikut kehendak soalan di bawah:
1. Mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dikategorikan mengikut tiga kemahiran berbahasa iaitu;
- Lisan,
- Membaca
- Menulis.
Bagi setiap kemahiran sila pilih
- 10 bahan audio
- 10 bahan video
- 10 bahan grafik
- 10 bahan teks.
2. Mengumpul bahan tersebut dalam folder mengikut kemahiran (lisan, membaca dan menulis)
1. Mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dikategorikan mengikut tiga kemahiran berbahasa iaitu;
- Lisan,
- Membaca
- Menulis.
Bagi setiap kemahiran sila pilih
- 10 bahan audio
- 10 bahan video
- 10 bahan grafik
- 10 bahan teks.
2. Mengumpul bahan tersebut dalam folder mengikut kemahiran (lisan, membaca dan menulis)