REFLEKSI MINGGU 3
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan Internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan Internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Untuk minggu ketiga, kami semua diminta untuk mencari bahan yang berkaitan dengan garis panduan dan tatacara penggunaan internet. Selepas itu, kami semua perlu memindahkan maklumat yang terkandung dalam garis panduan tersebut ke dalam bentuk Powerpoint dan Brosur. Dewasa ini, internet sememangnya diakui sebagai medan pencarian maklumat yang paling penting dan sangat popular dalam kalangan warga pendidik khususnya. Bahan-bahan maya yang terdapat di dalam laman sesawang banyak membantu kita semua untuk menyiapkan bahan pengajaran selain membantu kita untuk mendapatkan idea dalam meningkatkan profesionalisme pendidikan. Jadi, pengetahuan berkaitan tatacara pengurusan dan penyimpanan maklumat di internet perlu diketahui agar bahan-bahan rujukan yang diguna di ambil secara sah, mengikut prosedur yang sepatutnya.
Melaksanakan tugasan minggu ketiga ini telah banyak membantu saya untuk memahami etika yang perlu saya ikuti ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Sebagai contoh, saya sebelum ini tidak tahu yang seseorang penjawat awam itu tidak boleh memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer dalam syarikat atau organisasi majikannya. Dalam konteks diri saya sebagai bakal pendidik, syarikat tersebut merujuk kepada sekolah tempat di mana saya mengajar. Dengan pengetahuan seperti ini, saya dapat mengelakkan diri daripada memuat turun dan memuat naik fail-fail yang bersaiz besar sehingga menyebabkan kelembaban sistem perkomputeran di sekolah. Digabungkan dengan pengetahuan baru yang saya pelajari ketika mengikuti kursus ini, saya yakin yang saya juga lebih bersedia untuk menjadi warga pendidik yang kompetan serta berkualiti.
Dalam pada itu, saya juga dapat memperkasakan pengetahuan meringkaskan maklumat yang banyak dan memindahkannya dalam fail yang berbeza format ketika menyiapkan tugasan dalam minggu ini. Hal ini demikian kerana, tugasan kami yang seterusnya adalah memindahkan maklumat yang ada dalam bentuk powerpoint dan brosur. Powerpoint yang dibina juga terhad iaitu hanya 15 slaid maksimum. Oleh itu, saya telah belajar untuk mencari isi penting dalam sesebuah hasil penulisan yang mengandungi banyak isi sampingan yang mengelirukan pembaca. Bukan itu sahaja, saya juga telah belajar untuk membina brosur yang menarik tetapi padat dengan maklumat yang ingin saya kongsikan menerusi pembacaan yang saya buat ke atas garis panduan penggunaan internet yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Ketika memuat naik bahan-bahan yang saya sediakan ke dalam laman web ini, saya akui yang saya tidak menghadapi masalah besar. Hal ini demikian kerana format fail yang saya muat naik disokong penuh oleh server laman ini. Tambahan pula, saiz fail yang kecil memudahkan lagi proses tersebut. Ringkasnya, saya bersyukur kerana banyak ilmu baru yang saya pelajari ketika melaksanakan tugasan ini. Banyak pengetahuan baru yang saya terima. Mungkin pengunjung laman ini juga tidak tahu akan beberapa perkara yang sempat saya kongsikan dalam laman ini. Sebagai contoh, mungkin ada pembaca yang tahu dan ada juga yang tidak tahu berhubung penggunaan huruf besar dalam kandungan sesebuah e-mel. Menggunakan huruf besar dalam e-mel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika dalam konteks sektor awam. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian di samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan.