REFLEKSI MINGGU 4
Pada minggu keempat, tugasan amali yang perlu dilakukan ialah mencari bahan yang berkaitan dengan sastera (prosa dan puisi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), dan bahan mengenai ilmu atau bidang lain seperti Pendidikan Agama dan Moral, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kesihatan, Sukan dan Pendidikan. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan enjin carian google untuk mencari bahan-bahan tersebut.
Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan sastera sememangnya banyak membantu saya untu memahami bidang ini. Sebagai contoh, saya kini faham satu perkara yang tidak saya ketahui sebelum ini iaitu sastera rakyat itu sendiri ialah kesusasteraan yang lahir dalam kalangan rakyat. Lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dan menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Selain itu, saya juga kini dapat membezakan apa yang dimaksudkan dengan prosa serta puisi berdasarkan isi kandungannya.
Bagi saya, mempelajari bidang Morfologi dan sintaksis pula adalah amat penting untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tatabahasa seseorang individu. Seseorang akan dapat meluaskan pengetahuan mengenai tatabahasa jika individu tersebut memulai pengajian mengenai Morfologi dan Sintaksis. Dalam mempelajari kedua-dua bidang ini, kita sebenarnya dapat melihat bagaimana sesebuah kata berevolusi sehingga akhirnya membentuk ayat sama ada ayat tersebut mudah ataupun kompleks. Dalam mempelajari bidang sintaksis khususnya, kita akan dapat melihat contoh-contoh ayat yang kita gunakan didalam kehidupan sehari-hari. Melalui pengetahuan yang kita miliki, kita juga akan dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan yang lazimnya kita lakukan didalam tatabahasa dan komunikasi kita.
Ketika mencari bahan berkaitan dengan bidang lain pula, saya menyedari bahawa kajian tentang bidang ilmu yang berbeza-beza banyak menyumbang kepada kesejahteraan tamadun manusia. Dengan mempelajari bidang ilmu yang berbeza, seorang individu akan dapat mendalami makna kehidupan, perkembangan fizikal dan mental, ketahan diri, pergerakan dan banyak lagi. Lantaran ini, ramai orang yang akan sedar tentang kehidupan sebenar manusia dari zaman dahulu hingga kini.
Oleh yang demikian, mengumpul bahan-bahan untuk minggu keempat ini sememangnya sangat membantu saya untuk menambahkan ilmu berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk mempelajari serba sedikit mengenai ilmu Sains yang mana dapat saya gabungjalinkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Seperti biasa, saya tidak pernah lari daripada menghadapi masalah ketika menyiapkan sesuatu tugasan. Untuk minggu keempat, saya menghadapi masalah untuk mempersembahkan bahan-bahan yang telah saya cari ke dalam laman web. Untuk meleraikan kekusutan ini, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan kelas. Banyak pendapat yang saya dengar dan cara paling baik yang saya temukan ialah dengan memasukkan sahaja contoh-contoh bahan yang ada dalam bentuk teks ke dalam laman web ini. Cara ini sebenarnya agak berlainan daripada rancangan awal saya. Pada dasarnya saya telah menetapkan untuk hanya memuat naik alamat laman web yang berkaitan dengan bahan minggu empat ke dalam laman web ini untuk dilayari sendiri oleh pengunjung laman ini. Saya lihat bahawa cara seperti itu kurang sesuai dan ilmu yang cuba saya kongsikan juga agak lambat untuk sampai kepada pembaca.
Kesimpulannya, saya berharap agar bahan-bahan yang saya sediakan untuk minggu empat ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca. Gunakanlah bahan-bahan yang ada untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti pengajaran harian. Untuk guru-guru bahasa Melayu khususnya, perlu kita ingat bahawa kita tidak sepatutnya statik untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan bidang kita sahaja. Buka minda dan tingkatkan proaktiviti. Telusurilah semua bidang ilmu dan bertindaklah dengan bijak untuk menggabungjalinkan ilmu dari bidang lain ke dalam sesi P&P bahasa Melayu yang kita jalankan. Percayalah, pengajaran anda pasti terlaksana dengan jayanya.