REFLEKSI MINGGU 5
Untuk minggu lima, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk membina satu pakej pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Mengikut penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, pakej pembelajaran yang dibangunkan mestilah berpandukan RPH yang dibina sendiri oleh guru pelatih. Selain itu, pakej pembelajaran yang dibina juga perlu mengintegrasikan beberapa elemen TMK seperti teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, hasil yang dibina bersifat lebih interaktif, menarik dan berkesan ketika digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua, saya juga perlu membina satu laman web peribadi untuk mengongsikan maklumat yang telah dikumpul lebih awal mengikut minggu interaksi kuliah.
Langkah pertama yang saya lakukan untuk menyiapkan pakej pembelajaran ini ialah menentukan kelas sasaran. Setelah membaca Huraian sukatan pengajaran tahun 1 hingga tahun 6, saya memutuskan untuk membangunkan pakej pembelajaran bagi murid-murid tahun 3. Seterusnya, saya memikirkan objektif pengajaran yang ingin saya capai hasil daripada penggunaan bahan yang saya bina ini. Selepas itu, saya mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam pakej tersebut. Sejujurnya, aktiviti membina pakej pembelajaran adalah suatu perkara yang baru bagi saya. Bagi saya membina pakej pembelajaran sangat berbeza dari segi cara pembinaannya. Hal ini demikian kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi menjadikan pakej yang dibina itu bersifat pedagogi, berkesan dan boleh meningkatkan penguasaan murid terhadap ilmu yang kita cuba sampaikan. Sebagai contoh, kita boleh masukkan apa sahaja grafik dan animasi yang kita mahu bagi power point biasa. Untuk pakej pembelajaran, reka letak grafik, animasi, gambar, kejelasan video dan audio perlu dipertimbangkan sebaik mungkin dan ianya juga harus ada maksud dan bukan sekadar diletakkan untuk suka-suka.
Dalam pada itu, tugasan membina laman web juga telah mendedahkan saya tentang satu cara baru untuk mendekati dunia ICT bagi tujuan pendidikan. Saya mengaku bahawa banyak masa yang saya habiskan berhadapan dengan komputer dan mengakses internet tetapi tidak pernah timbul pula keinginan di dalam diri saya untuk membina laman web sendiri. Dalam perkiraan saya, membina laman web adalah satu kerja melecehkan, sukar dan membuang masa. Namun demikian, persepsi saya berubah apabila saya sendiri membuka langkah dan terjun ke dalam dunia pembinaan lama web ini. Saya rasakan bahawa ilmu membina laman web ini sangat penting untuk dikuasai oleh seorang pendidik. Sebagai seorang guru, kita dibekalkan dengan banyak ilmu yang mana boleh dikongsikan kepada masyarakat sekeliling. Kita berkecimpung dalam satu atmosfera ilmu yang berkembang hari demi hari. Jadi, apa salahnya jika kita kongsikan ilmu yang kita ada kepada orang lain. Dalam era ICT yang semakin pesat ini, pilihan laman web sebagai medium penyampaian ilmu adalah tindakan yang paling bijak. Selain berasa puas hasil perkongsian maklumat yang dilakukan, kita juga dapat berkolaborasi dengan para pembaca laman bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan bahan yang disediakan.
Di sebalik kegembiraan untuk menyiapkan tugasan minggu kelima ini, terpalit banyak cabaran memerihkan yang hampir meragut kesabaran saya. Pertama ialah cabaran untuk mendapatkan idea dalam membina pakej pembelajaran. Kedua ialah masalah penyediaan bahan untuk pakej pembelajaran tersebut dan yang ketiga ialah masalah untuk menghasilkan laman web yang saudara dan saudari sedang layari sekarang ini. Sebenarnya, saya mengambil masa yang agak lama dalam menyiapkan tugasan minggu lima ini. Jika dihitung-hitung, masa yang saya ambil sememangnya terlalu panjang. Tetapi syukurlah, pensyarah pembimbing bagi kursus ini sangat memahami keadaan kami semua. Saya percaya beliau tahu sebahagian besar daripada kami semua ini tidak mempunyai pengalaman untuk membina pakej pembelajaran dan laman web. Kami semua belajar sedikit demi sedikit. Saling berkolaborasi dengan pensyarah dan rakan sekelas juga menjadi pemangkin kejayaan penyiapan tugasan bagi minggu kelima ini. Hasilnya kami semua berjaya membina laman web masing-masing.
Kesimpulannya, saya sememangnya berpuas hati dengan ilmu baru yang saya terima pada minggu ini. Saya berharap agar ilmu baru yang telah saya terima ini dapat saya perkembangkan lagi bagi menjamin pemindahan ilmu yang berterusan antara saya dan masyarakat di sekeliling saya.